Posts

Kad diskaun siswa dipertikai

Image
KAD  Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) yang diperkenalkan kerajaan mulai tahun ini mencetus pertikaian dalam kalangan pelajar universiti. Mulai 16 Februari lalu, semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) wajib memohon secara online untuk mendapatkan KADS1M bagi menggantikan baucar buku 1Malaysia. Kad debit pelajar ini  berjumlah RM250 hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih. Bagaimana pun, kalangan pelajar mempertikaikan bayaran tahunan sebanyak RM5 dikenakan oleh Bank Rakyat, bank yang mengendalikan kad debit pelajar ini, terhadap setiap pemohon. Dengan 1.2 juta pelajar IPT yang memohon kad debit berkenaan, Bank Rakyat dipercayai akan memperoleh hasil bayaran RM6 juta setahun. "Ini belum termasuk lagi baki minimum RM10 yang wajib disimpan dalam akaun masing-masing, sekali gus membolehkan Bank Rakyat mempunyai aliran wang tunai sebanyak RM12 juta. "Apabila ditambahkan dengan bayaran permohonan sebany...

Amaran! Jangan Berani Cabar Proton Satria Ini...

Image
AMARAN! Jentera yang menghiasi ruangan  Bikin Kereta  kali ini bukan untuk kegunaan harian. Sebaliknya, jentera Proton Satria  awesome ini diguna pakai untuk perlumbaan drag dan semakin mendapat tempat di kalangan peminat sukan permotoran itu. Lihat saja rekaan luaran, sudah cukup membuatkan anda rasa gerun. Rekaan luaran menampilkan bampar hadapan kustom. Begitu juga hood hadapan, lips dan cermin sisi masing-masing menggunakan bahan daripada gentian karbon hasil rekaan  JN Work Karbon Fibre . Manakala ruangan roda pula dipadankan dengan rim Volk Racing TE37 7.5jj bersama tayar Toyo Proxes R888 pada bahagian hadapan. Rim belakang pula menggunakan rim 4.0jj dan dikahwinkan bersama tayar Hoosier. Memasuki ruang kabin, ia menampilkan rekaan yang ringkas. Bahagian papan pemuka dipasangkan dengan meter ‘oil press’ M dan meter ‘shift light’ dari Auto Meter. BACA >>>   Proton Satria GTI Evo III - Model Legenda Sepanjang Zaman ENJIN POWE...