(HOT) Kisah Seram : Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim
Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : Pengenalan
Assaalamualikum admin. Mula2 sekali saya nak
perkenalkan diri saya sebagai Fiza. Saya baru sahaja lepas tamat belajar
disalah sebuah IPTA Di Tanjung Malim. Saya nak ceritakan pengalaman seram saya
sepanjang saya belajar disana.
Masa semester 1 pada tahun 2012, saya dapat rumah
asrama dan blok paling hujung di dalam UPSI. Rumah saya adalah di tingkat 4
paling atas dan Ada 3 bilik, semuanya Ada 6 orang. Masa tu
memang saya rasa ok dan tak ada apa peristiwa seram yang berlaku. Tapi bila
tiba waktu senja dan malam, perasaan seram tu tetiba muncul. Tambah2 lagi dalam
bilik mandi. Masing2 kami buat tak tahu dan tak nak ambil tahu. Kami hanya
duduk didalam bilik masing2.
Nak dipendekkan cerita, ketika itu kami semua
sangat sibuk dengan assignment masing2. Kebetulan seorang daripada rakan saya
yang duduk didepan bilik saya terlalu beremosi oleh kerana dia tidak mampu
untuk meneruskan pembelajaran dan sangat sukar untuknya faham ilmu pengajian
kami. Puas saya pujuk agar tenang dan tabah. Rupa2 nya emosinya smpai terbawa2
sehingga dia benar2 jadi lemah selemahnya.
Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : Gangguan 1
Ditengah malam, tengah saya nyenyak tidur, dalam
2 3 pagi macam tu, tiba2 saya dikejutkan dengan rakan saya yang lemah ni,
namanya Ros. Ros kejutkan saya melalui telefon. Saya yang hanya berfikiran
straight berasa pelik dan terus jadi seram dan tak nak angkat telefon tu.
Bertubi2 Ros call saya, semakin lama semakin saya menjadi seram. Dalam fikiran
saya hanya brfikir, adakah Ros yang buat calling tu? Saya abaikan. Kemudian,
Ros call rakan sebilik saya. Terus rakan saya angkat dan bertanya kan kenapa. Saya yang
berpura2 mamai turut tanya rakan saya. Almaklum lah pagi2 buta ni kan.
Saya dan rakan sebilik saya iaitu Jiba, bergegas
buka pintu bilik Ros. Kami berada dalam keadaan mamai, buka2 pintu dah terasa
seram, dicampur dengan bunyi orang mengaji yang dibuka oleh Ros melalui telefon
pintarnya. Kami pun bukalah lampu bilik. Ros teresak2 nangis diatas katilnya
dan rakan sebiliknya tidak sedarkan diri, tidur mati. Kami bertanya kan kenapa, kemudian
rakan sebilik Ros tiba2 sedar dari tidurnya dan berasa hairan melihat kami. Ros
kata, Ada
“benda” putih duduk tepi katil dia dan nak tarik dia. Apa lagi, naik bulu roma
kami dibuatnya. Lama juga kami Cuba
tenangkan Ros sampailah Ros tertidur semula.
Kalau Ada apa2, Rakan2 akan cari saya. Saya pun
tak tau lah kenapa diorg ni cari saya untuk bantu diorang. Saya pun bukanlah
kuat orangnya. Cuma saya paksakan diri untuk jadi berani, padahal kecut perut
jugak. Nak tak nak, berbekalkan ilmu yang saya tau, saya Cuba buat pagar
dalam rumah kami. Alhamdulillah gangguan dah tiada.
Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : Kemuncak Gangguan
Tibanya waktu kemuncak assignment berlambak2,
Rakan bilik saya pula yang diganggu. Sebenarnya diorang langsung tak nak cerita
apa2 pada saya. Pada satu malam tu, Jiba tidur lewat disebabkan assignment yang
bertimbun-timbun. Saya tidur dahulu dengan lampu bilik terpasang. Tiba2 sedar2
saya dari lena tu, saya lihat Jiba tak ade dalam bilik. Dalam fikiran saya
mungkin Jiba buat assignment dekat luar. Saya pun jenguk la kat luar bilik,
semua lampu rumah terpasang, saya fikir mungkin Jiba ada kat luar ni, sebab
mamai dan malas nak fikir panjang. Kemudian saya sambung tidur smula.
Keesokan hari nya, saya pelik sebab Jiba senyap
saja. Saya bertanya kan
pada rakan yang lain. Rupa2 nya masa Jiba dah terlelap atas katil tu, Jiba
ditarik oleh “benda” tu jugak dihujung katilnya. Jiba puas ronta2 dan jerit2
memanggil2 saya untuk minta tolong tapi saya tak sedar2 jugak. Kemudian Jiba cuba baca ayat2
Al-Quran dan akhirnya terlepas dari “benda” tu. Jiba yang sedar dari tidur,
berlari ke bilik sebelah, rupa2nya Jiba tidur dibilik sebelah tinggalkan saya
sorang2 dalam bilik. Jiba ingat dia selamat tapi rupa2nya “benda” tu masih ada
lagi mengganggu dia. Saya yang duduk dengar tu tiba2 seram dan berimaginasi
katil Jiba yang berada didepan mata saya.
Saya yang hanya mampu berdoa dan baca ayat2
Al-Quran yang saya tau semasa saya bantu rakan2 saya tu, tak lama kemudian saya
pulak yang diganggu. “Benda” tu tak ganggu saya seperti rakan2 lain tapi
“benda” tu hanya menggangu saya ketika saya berada dalam bilik air. Saya jenis
suka bangun awal pagi pukul 5 macam tu dengan tujuan basuh baju. Terdapat
cermin besar dalam bilik air, 2 bilik mandi dan 1 toilet. Ketika saya sedang
membasuh muka gosok gigi depan cermin, saya berasa seram sangat sehingga saya
tak berani memandang cermin unntuk tengok diri saya. Pada ketika itu saya
merasakan ada orang sedang melihat saya.
Disebabkan saya buat tidak endah, badan saya
tiba2 terasa seperti dicucuk2, digeletek dibahagian pinggang, tangan dan bahu.
Nak tak nak, dalam bilik air yang saya hanya keseorangan tu, saya kuat kan diri berdoa banyak2 dan cuba tidak menghiraukan benda tu.
Saya cuba
terus masuk bilik air dan mandi secepat mungkin. Lepas sahaja saya berwuduk
untuk subuh, akhirnya tiada lagi rasa tu dari diri saya. Mujurlah saya
dilindungi Allah.
Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : TAMAT
Sekian sahaja kisah daripada Fiza mengenai
pengalaman seram ketika berada di rumah sewa UPSI Tanjung Malim. Sebenarnya
kisah seram ini Fiza tidak memberitahu tempat pengajiannya, tetapi aku dapat
mengagak ianya adalah UPSI kerani kat Tanjung Malim hanya ada satu sahaja pusat
pengajian IPTA dan aku berasal dari Tanjung Malim sebab tu aku tahu..hehe
Anyway best cerita seram yang Fiza kongsikan ni. Sori
Fiza sebab lambat publish kerana banyak tugasan harian yang perlu di utamakan.
Aku harap ada lagi la pengalaman seram yang dirasai sendiri oleh pembaca blog
ini yang dapat aku kongsikan.

Comments
Post a Comment